Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 14, 2013

No Comment
Moyes Bermula Dengan Kekalahan MU Di Bangkok

BANGKOK – Penampilan sulung David Moyes mengendalikan Manchester United bermula dengan kekecawaan apabila juara Liga Perdana Inggeris itu tewas 1-0 kepada Singha All-Star XI Thailand, di Stadium Rajamangala, malam tadi.
Pengurus baru itu yang diberi sambutan sebagai hero di Thailand, gagal membawa kebangkitan kepada skuadnya selepas ketinggalan pada awal minit separuh masa kedua.
United yang beraksi tanpa Robin van Persie, Wayne Rooney, Nani dan kapten pasukan, Nemanja Vidic, gagal beraksi dengan baik sehingga peluang itu diambil oleh All-Stars.
Keputusan itu nyata mengecewakan apabila Moyes yang mengambil alih daripada Alex Ferguson perlu mempertahankan rekod selama 27 Ferguson yang berjaya memboleot 38 trofi kejuaraan dan membawa United kelab paling terkenal dunia.
Malah, spekulasi yang melanda United berikutan masa depan Rooney masih menghantui Moyes dalam minggu pertamnya bertugas di United.
“Saya harap tidak,” kata Moyes apabila ditanya sama ada kekalahan itu satu padah kepadanya.
“Kalau saya akan kalah dalam sebarang perlawanan, saya gembira kalah di sini, itu yang pasti.
“Ia bukannya keputusan yang terbaik tapi saya cukup yakin dengan peningkatan pemain.
“Kami memberi peluang kepada ramai pemain muda. Saya kecewa kerana tidak mendapat hasil seperti yang diperlukan daripada perlawanan ini,” katanya.
Peminat ke stadium menyaksikan perlawanan itu membayar harga tiket sehingga 4,000 baht (AS$130) dan pastinya agak kecewa apabila perlawanan bermula dengan perlahan pada petang hari di tengah kota raya Bangkok itu.
Moyes mempertaruhkan Danny Welbeck sebagai penyerang tunggal selepas Rooney menarik diri daripada siri jejalah itu kerana masalah kecederaan ‘hamstring’.
Welbeck digantu oleh pemain tengah Anderson, Ryan Giggs dan pemain remaja Belgium, Adnan Januzaj.
Namun, pasukan tuan rumah yang kebanyakannya terdiri pemain kebangsaan Thai, berjaya meledak gol menerusi Teeratep Winothai pada minit ke-49. – AFP

0 comments:

Post a Comment