Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 21, 2013

No Comment
Moyes Buntu Fikir Hal Rooney, Fabregas Dan Ronaldo

PENGURUS baru Manchester United, David Moyes kini sedang pening kepala memikirkan persaingan merebut tiga pemain bintang dunia – Wayne Rooney, Cesc Fabregas dan Cristiano Ronaldo.
Chelsea bakal meningkatkan bidaan untuk mendapatkan Rooney daripada United dengan harga 24 juta pound selepas tawaran awal mereka minggu lalu ditolak United.
Bidaan Moyes untuk memancing Fabregas daripada Barcelona dengan nilai 30 juta pound pula tampak buntu apabila kelab Sepanyol itu tetap enggan menjual pemain tengah itu.
Membuatkan keadaan lebih parah, Real Madrid pula menyatakan bahawa Ronaldo tidak akan ke mana-mana dan kekal bersama kelab itu, sekali gus menutup peluang Moyes membawa semula penyerang Portugal itu ke Old Trafford.
Dengan kemungkinan terlepas khidmat Rooney kepada Chelsea, Moyes perlu menanti sehingga Barcelona melantik pengganti Tito Vilanova yang meletak jawatan sebagai jurulatih kelab itu kelmarin akibat masalah kesihatan untuk ketentuan nasibnya dalam usaha mendapatkan Fabregas.
Ronaldo pula dikhabarkan bakal melanjutkan kontrak baru bersama Real.
“Ronaldo merupakan fenomena luar biasa di kelab ini. Dia seorang pemain hebat. Bagi kelab ini, apa yang paling penting ialah untuk melihat profesionalisme seseorang pemain itu,” kata jurulatih baru Real, Carlo Ancelotti, sekali gus menampakkan Ronaldo pasti tidak akan dilepaskannya.

0 comments:

Post a Comment