Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 21, 2013

No Comment
Raja Ilya Dibenci Peniaga Bazar Ramadan

GARA-gara watak jahatnya dalam drama bersiri Dahlia, pelakon Raja Ilya mendedahkan terdapat segelintir peniaga-peniaga Bazar Ramadan yang membenci dirinya disebabkan perkara tersebut.
“Pernah satu hari saya pergi ke Bazar Ramadan untuk membeli juadah hidangan berbuka puasa, ada sesetengah peniaga menyatakan mereka benci kepada saya.  Pada mulanya saya agak terkejut, rupa-rupanya mereka bukan benci kepada saya, tetapi mereka benci kepada Haliza, watak yang saya bawakan dalam drama bersiri Dahlia yang disiarkan di Astro Mustika HD,” katanya memetik laporan portal Gua.
Selain wataknya itu dibenci, peniaga di situ juga lebih mengenalinya dengan nama Haliza berbanding nama sebenarnya.
Kalau peminat benci dan meluat dengan watak yang dijayakan di kaca tv, maknanya penjiwaan karekter Haliza yang dilakukan oleh Raja Ilya memang betul-betul berkesan lah kan..
Selain, Raja Ilya, Dahlia turut dibintangi oleh Dira Abu Zahar dan Faizal Hussein.
Oleh:  AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment