Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 17, 2013

No Comment
Nama Bayi

Penantian yang lama untuk kelahiran bayi Diraja Britain membuatkan beberapa perkara menarik berlaku sehingga wujud pertaruhan untuk menentukan jantina dan nama bayi yang bakal dilahirkan pada bila-bila masa dalam bulan ini.
Ketika ini kedudukan nama dan jantina paling tinggi ialah bayi perempuan yang akan dipanggil namanya Alexdandra.
Para bookie kini menerima banyak lagi pertaruhan baru ke atas bayi sulung Diraja pasangan Putera William dan Catherine yang kini sudah pun bernilai lebih 1 juta pound.
“Ini sudah dilihat sebagai satu pasaran terbesar kami pernah alami,” kata Gary Burton dari syarikat firma pertaruhan Britain, iaitu Coral.
Pihak Istana Buckingham sebelum ini hanya mengumumkan kelahiran mungkin berlaku pada pertengahan Julai manakala laporan media mencadangkan pada 13 Julai terus menyemarakkan lagi pertaruhan.
Ketika ini. kelahiran pada bulan Ogos juga sudah menunjukkan kemungkinan apabila kebarangkalian nya turun dari 80/1 kepada hanya 60/1, manakala kelahiran pada minggu terakhir Julai juga sudah menurun dari 30-1 kepada 14-1 ketika ini, kata bookie-bookie.
Jumlah pertaruhan adalah tinggi untuk acara bukan sukan, syarikat pertaruhan Coral berkata kini mereka menerima pertaruhan 500,000 Pound untuk bayi Diraja itu manakala firma pertaruhan Paddy Power pula menerima 350,000 Pound pertaruhan.
Pada hujung minggu, pertaruhan di terima mencecah 10,000 Pound sehari.
Kita tunggu sahaja selepas ini Paparazzi di sekitar Eropah akan berlumba-lumba mendapatkan gambar awal bayi Diraja ini dan dia pastinya akan diekori ke mana sahaja dia pergi sepanjang perjalanannya membesar. – Mynewshub

0 comments:

Post a Comment