Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 10, 2013

No Comment
Obama Ucap Selamat Berpuasa Kepada Umat Islam

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada umat Islam di seluruh dunia.
Beliau berkata, bulan Ramadan adalah waktu untuk kira-kira 1.5 bilion umat Islam dunia bermuhasabah, berpuasa dan beramal ibadat.
“Ia juga merupakan peluang untuk mereka yang berbeza agama meraikan prinsip yang mengikat mereka kepada komitmen terhadap keamanan, keadilan, kesaksamaan dan belas kasihan sesama manusia.
“Ikatan ini adalah jauh lebih kuat daripada perbezaan yang sering membawa kita kepada perpecahan,” katanya melalui satu kenyataan yang disiarkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini hari ini.
Obama berkata, bulan Ramadan juga mengingatkan dunia bahawa kebebasan, maruah dan peluang adalah hak yang tidak dapat dinafikan untuk semua manusia.
Katanya, nilai sejagat itu dapat dicerminkan apabila penduduk Timur Tengah dan Afrika Utara terus berusaha untuk mencapai hak asasi mereka dengan berjuta mereka terpaksa menyambut Ramadan sebagai pelarian.
Justeru, katanya, AS bersama dengan mereka yang berusaha membina sebuah dunia dimana semua orang boleh menulis masa depan mereka sendiri dan mengamalkan agama secara bebas dan tanpa rasa takut akan keganasan.
Malah, katanya, bulan Ramadan di AS adalah satu peringatan bahawa berjuta-juta umat Islam Amerika sedang menjadikan negara itu lebih baik pada setiap hari.
Antaranya dengan dengan berkhidmat dalam kerajaan, meneraju penemuan penting saintifik, menjana pekerjaan dan prihatin terhadap jiran-jiran mereka yang memerlukan.
Obama turut memaklumkan beliau telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah Majlis Berbuka Puasa di Rumah Putih (White House) setiap tahun sejak empat tahun lalu.
“Tahun ini saya tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan umat Islam Amerika yang menyumbang kepada negara kami sebagai usahawan, aktivis dan artis,” katanya.

0 comments:

Post a Comment