Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 15, 2013

No Comment
Khairy: Maaf Sahaja Tak Cukup

KETUA Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaludin berkata permohonan maaf yang dibuat oleh pasangan seks bebas,  Alvin dan Vivian berkaitan isu poster yang didakwa menyinggung perasaan umat Islam di negara ini adalah tidak mencukupi jika dibandingkan dengan tindakan biadap yang telah dilakukan oleh pasangan tersebut.
“Maaf sahaja tak cukup,” tegas Khairy semasa sidang media sebentar tadi.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan menyatakan tindakan segera harus dikenakan terhadap blogger seks Alvin dan Vivian kerana kesalahan yang dilakukan mereka adalah cukup jelas menghina sensitiviti umat Islam di negara ini.
Alvin dan Vivian sekali lagi mengemparkan negara apabila memuat naik sebuah poster di laman Facebook mereka yang terpampang wajah keduanya sedang menjamu selera dengan kapsyen “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh… Wangi, enak dan menyelerakan!)
Bak Kut Teh adalah sejenis masakan melibatkan babi yang popular di kalangan masyarakat Cina negara ini.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memanggil kedua mereka untuk memberikan keterangan di atas tindakan biadap mereka itu.

0 comments:

Post a Comment