Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 7, 2013

No Comment
Gay

LAGOS, Nigeria – Kementerian Penerangan Nigeria menyatakan bahawa pihaknya telah berjaya mematahkan satu serangan siber di laman web pemerintah negara tersebut yang dilakukan oleh beberapa aktivis hak asasi gay.
Satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar kementerian tersebut, Joseph Mutah dipetik berkata, pada malam Khamis lalu laman web www.nigeria.gov.ng telah digodam oleh aktivis gay.
Kumpulan sama baru-baru ini dikatakan menyerang beberapa laman web pemerintah Nigeria dalam usaha mereka untuk memperjuangkan hak asasi kaum homoseksual.
Agensi berita tempatan melaporkan, terdapat satu pesanan di sebuah laman web yang digodam memberi tempoh 72 jam kepada Presiden Goodluck Jonathan supaya membatalkan undang-undang baharu yang akan memenjarakan golongan homoseksual.
Kumpulan penggodam tersebut turut mengugut untuk mendedahkan maklumat sensitif bermula dengan pendedahan beberapa bukti mengejutkan, tetapi ia tidak berkaitan dengan rasuah.
Mutah menyifatkan ia sebagai satu tindakan jenayah yang cuba memeras ugut negara. Beliau menegaskan bahawa rakyat Nigeria menentang perlaksanaan hak-hak golongan gay. – AP

0 comments:

Post a Comment