Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 21, 2013

No Comment
Radhi OAG Bakal Kahwini Gadis 19 Tahun

PERCINTAAN antara Radhi OAG dengan seorang gadis berusia 19 tahun yang dikenali dengan nama panggilan Ayu bukan rahsia lagi.
Hubungan mereka sudah berlanjutan sejak empat tahun lalu dan ketika itu Ayu atau nama sebenarnya Nur Shahira Ayu Zahiri baru berusia 15 tahun.
Antara faktor yang memikat Radhi untuk menjalinkan hubungan serius dengan gadis itu disebabkan kematangan Ayu tidak menggambarkan usianya masih lagi muda.
Baru-baru ini, Ayu mendedahkan bahawa hubungan mereka bakal berakhir ke gerbang perkahwinan tahun hadapan.
Ternyata pengorbanan yang dilakukan Ayu berbaloi apatah lagi Radhi pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Malah Ayu juga telah berubah untuk bertudung sejak Disember lalu selepas berniat untuk mengahwini kekasih hatinya itu. – SINAR HARIAN

0 comments:

Post a Comment