Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 15, 2013

No Comment
Kes Alvin Dan Vivian: SKMM Cuba Selesaikan Kertas Siasatan Secepat Mungkin

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiapkan secepat mungkin  kertas siasatan berhubung isu penghinaan Islam oleh pasangan Alvin dan Vivian.
Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan Industri, Zulkarnain Mohd Yassin, pihaknya cuba menyiapkan kertas tersebut dalam satu tempoh yang belum ditetapkan.
“Setelah siap kertas siasatan, kami akan serahkannya kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” jelas Zulkarnain.
Tambah Zulkarnain, pihak polis  juga mempunyai hak untuk mengambil sebarang tindakan jika ia bersabit dengan Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Penasihat Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abdul Rahman berkata, pihaknya mengesahkan pasangan tersebut masih lagi disiasat suruhanjaya berkenaan.
“Bagi kami ambil segala keterangan mereka dan kami akan cuba secepat mungkin menyelesaikan isu tersebut.
“Mereka disiasat di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia,” ujar Raffie.
Pada masa yang sama, SKMM turut mengesahkan telah membuat laporan kepada pengendali Facebook berkaitan perkara berkenaan.
Oleh: HARITS ASYRAF

0 comments:

Post a Comment