Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 15, 2013

No Comment
seks bebas

Pasangan porno murahan, Alvin dan Vivian yang tiba ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Kuala Lumpur pukul 10.45 pagi tadi masih lagi memberikan kenyataan mereka kepada pihak itu sehingga pukul 6 petang ketika berita ini ditulis.
Wartawan di lokasi, Harits Asyraf berkata, masih ada sekitar 30 orang petugas media yang masih menanti pasangan itu keluar dari bilik soal siasat.
“Belum diketahui bila mereka akan habis, ada sebahagian wartawan yang sudah pulang manakala ada sebahagian bertukar syif,” katanya.
Pasangan berkenaan dipanggil SKMM untuk memberikan keterangan berhubung poster “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh… Wangi, enak dan menyelerakan!) yang dimuat naik ke laman Facebook milik mereka baru-baru ini.
Poster itu disifatkan banyak pihak sebagai mempersenda serta menjatuhkan maruah umat Islam.
Dalam poster itu, terpampang wajah mereka berdua sedang menjamu selera dengan kapsyen “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh… Wangi, enak dan menyelerakan!)
Bak Kut Teh adalah sejenis masakan popular masyarakat Cina yang menggunakan babi sebagai ramuan utama.
Lantaran kejadian itu, Facebook menerima pelbagai laporan negatif terhadap pasangan tersebut dan bertindak untuk menutup akaun mereka secara kekal atau ‘permanent’.

0 comments:

Post a Comment