Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, July 11, 2013

No Comment
Legoland

KUALA LUMPUR – Taman Air Legoland Malaysia di Nusajaya, Johor akan mula operasi pada 21 Oktober ini manakala Hotel Legoland Malaysia pula dijadual beroperasi awal tahun depan.
Legoland Malaysia dalam satu kenyataan media berkata, kewujudan dua aset baharu tersebut akan mempertingkatkan sambutan orang ramai terhadap pusat rekreasi bertaraf antarabangsa tersebut.
“ Taman Air Legoland Malaysia akan menyediakan berpuluh kemudahan dan kelengkapan taman air yang menarik untuk para pengunjung,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, antara acara menarik yang akan disediakan di Taman Air Legoland Malaysia adalah aktiviti Rakit Sungai dan Joker hujan lebat.
Legoland Malaysia merupakan taman tema pertama seumpamanya di Asia dan dibuka kepada orang ramai secara rasmi pada tahun lalu.
Legoland Malaysia merupakan taman tema Legoland keenam di dunia selepas Legoland Billund (Denmark), Legoland Windsor (England) Legoland California dan Legoland Florida (Amerika Syarikat) serta Legoland Gunzburg (Jerman).
Taman tema itu dibangunkan oleh anak syarikat Iskandar Investment Bhd. (IIB), IDR Resorts Sdn. Bhd. (IDR Resort) bersama Merlin Entertainments dengan kos RM720 juta di Medini North, pusat gaya hidup Iskandar Malaysia.

0 comments:

Post a Comment