Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 21, 2013

No Comment
Video : Filem The Spartans Pasal Berpuasa

VIDEO di laman YouTube ada yang tragis dan tidak kurang juga yang melucukan. Laman memuatnaik video itu dijadikan medan untuk menyerlahkan kreativiti ramai manusia seluruh dunia tidak kira dari muzik, filem, drama atau aksi spontan.
Siapa sangka di Malaysia ada seorang ikon youtube yang banyak menghasilkan hasil menarik dari ubah suai suara dari sedutan filem, lagu dan juga dari pelbagai lagi sedutan program di televisyen. Berkarya dengan akaun youtube faradyable, dia menghasilkan banyak video yang semuanya ditonton tidak kurang dari 800,000 views setiap satu.
Ketika umat Islam sedang berpuasa Ramadan, faradyable dalam satu video yang dihasilkan tahun lalu mencuit hati kita dengan ubah suara menceritakan tentang berpuasa dipetik dari filem Spartan arahan David Portlock.
Dialog yang diisi begitu kreatif menceritakan karenah konon-kononnya watak dalam filem itu ada yang tidak berpuasa dan ada yang berpuasa. Kami ketawa terbahak-bahak menonton video-video yang dihasilkan faradyable kerana ideanya beliau banyak menyerlahkan apa yang berlaku di sekeliling kita.
Idea kreatifnya spontan dan hadir saat tidak diduga ketika kita menonton video karya beliau.
Bukan sahaja video puasa filem The Spartans itu menarik perhatian, video seterusnya Hari Raya itu juga mampu menggeletek hati anda. Selamat menonton karya faradyable. Bagaimanapun, penulis tidak pun melihat sebarang video dihasilkan pada tahun ini. – Mynewshub
OLEH : IBNU K

0 comments:

Post a Comment