Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, July 13, 2013

No Comment

Video Kura-Kura

Kura-kura sememangnya tidak diketahui melalui kemahiran sukannya sebaliknya dimomokkan masyarakat sebagai haiwan yang berjalan lambat.Bagaimanapun kemunculan satu video di laman YouTube yang memaparkan seekor kura-kura sedang cuba untuk melompat tetapi gagal.
Gagal dalam istilah laman sosial digelar sebagai “FAIL” dan banyak video-video gagal dimuat naik di YouTube dan menjadi viral.
Video kura-kura itu sebenarnya dilihat cuba melompat dalam tempoh 24 saat walaupun keseluruhan klip itu menunjukkan kura-kura berkenaan hanya menunggu di tepi sungai sahaja.
Saat mendebarkan apabila di saat-saat akhir kura-kua itu dilihat seperti akan melompat.
Bagaimanapun tidak ada bukti menunjukkan si kura-kura dalam video itu akan melompat biarpun tajuk videonya Epic Turtle Jump (Terjunan Epik Penyu (sebenarnya kura-kura).
Bagaimanapun, video berkenaan mengundang ramai pelayar internet untuk menontonnya kira-kira 157,524 dan masih bertambah sejak dimuat naik Khamis lepas.
Ramai yang kecewa dengan keputusan akhir video itu yang saya rasa elok anda saksikan sendiri.
Salah seorang penonton meletakkan komen “Itu sebenarnya pergerakan Ninja Kura-Kura, itu adalah pergerakan akhir anda dapat lihat sebelum ia akan berada di belakang anda dan mematahkan leher anda,” kata JohnnyFreedomFighter. – IBNU K

0 comments:

Post a Comment