KUALA LUMPUR – Seramai 1,200 atlit Muaythai dari 120 buah negara mengambil bahagian dalam Kejohanan Antarabangsa Muaythai IFAM 2014 dan Kejohanan Antarabangsa Muaythai Kanak-Kanak dan Remaja IFAM 2014 bermula 1 hingga 10 Mei ini.
Persatuan Muaythai Malaysia (PMM) dalam satu kenyataan memberitahu, kejohanan itu akan berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di Langkawi, Kedah.
“Terdapat sebanyak 62 atlet lelaki dan wanita berusia 10 hingga 26 tahun akan bersaing dalam kejohanan ini.
“Kejohanan ini anjuran bersama Persekutuan Antarabangsa Amatur Muaythai, Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia, Lembaga Pembangunan Langkawi , Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Malaysia Airlines (MAS),” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, dua kejohanan tersebut yang turut disenaraikan dalam acara Tahun Melawat Malaysia 2014 dijangka menjana RM38 juta pendapatan pelancongan negara.
0 comments:
Post a Comment