Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, April 13, 2014

No Comment

MANILA – Dua askar Filipina dan lima anggota kumpulan Abu Sayyaf terbunuh dalam pertempuran yang berlaku di Pulau Basilan, kata tentera negara ini semalam.

Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Ramon Zagala berkata, pertempuran yang berlaku pada awal kelmarin itu turut menyebabkan 28 askar Filipina cedera.

Menurutnya, pertempuran itu masih berlaku pada pagi semalam.

Kumpulan Abu Sayyaf yang terlibat dalam pertempuran itu diketuai Puruji Indama.

Seorang pegawai kanan tentera, Brigedier Jeneral Carlito Galvez berkata, dia mengetuai serangan tersebut kerana kumpulan yang diketuai Puruji telah mengancam dan cuba memeras ugut wang daripada pihak yang membina sebatang jalan raya di Pulau Basilan.

Pusat Pemerintah Tentera Mindanao Barat menyatakan, kumpulan Puruji itu menuntut wang sebanyak AS$111,000 (RM359,284) daripada kontraktor projek tersebut.

Kumpulan Abu Sayyaf ditubuhkan pada tahun 1991 terkenal kerana aktiviti penculikan, memenggal kepala dan melakukan letupan bom. – AP

0 comments:

Post a Comment