Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, April 13, 2014

No Comment

BANGKOK – Pasukan keselamatan Thailand menembak mati tujuh disyaki penyeludup dadah dan merampas beratus ribu pil methamphetamine selepas satu kejadian berbelas tembakan di wilayah sempadan Segi Tiga Emas, kata seorang pegawai semalam.

Pertempuran tercetus lewat kelmarin di wilayah pergunungan utara Chiang Rai selepas sepasukan peronda sempadan terserempak dengan 10 orang yang enggan berhenti selepas mereka dilihat melintasi sempadan, kata pihak berkuasa.

“Apabila kita membersihkan kawasan tempat kejadian kami temui tujuh lelaki ditembak mati dan kami turut merampas enam beg methamphetamine,” kata seorang pegawai petugas khas sempadan sambil menambah bahawa setiap beg mengandungi kira-kira 100,000 tablet.

“Tembakan berterusan sepanjang malam,” kata pegawai yang enggan mendedahkan nama.

Pertempuran antara pasukan keselamatan dan penyeludup dadah adalah biasa di sempadan negara itu termasuk di Segi Tiga Emas, bersempadan antara Thailand, Myanmar dan Laos.

Thailand menunjukkan peningkatan dalam rampasan methamphetamine, yang biasanya murah dan mudah didapati.

Dikenali sebagai yaba atau ubat gila, pil berkenaan sering kali diseludup dari negara jiran Myanmar. Pemberontak bersenjata menggunakan keuntungan dari jualan dadah untuk membiayai operasi mereka. – AFP

0 comments:

Post a Comment