Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 15, 2014

No Comment

ABUJA – Sekurang-kurangnya 72 maut manakala 124 yang lain cedera dalam serangan bom terhadap sebuah stesen bas di ibu negara Nigeria.

Ia dianggap serangan terbesar di bandar berkenaan dengan Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan mendakwa serangan dilancarkan oleh kumpulan militan Islam, Boko Haram.

Letupan yang menggegarkan stesen bas Nyanya di selatan Abuja itu berlaku pada jam 6.45 pagi waktu tempatan ketika stesen bas dipenuhi pengangkutan awam dan menyebabkan kemudahan terminal rosak teruk dan memusnahkan berpuluh-puluh kenderaan.

Terdahulu, kebanyakan keganasan yang dilancarkan kumpulan berkenaan berlaku di kawasan pedalaman timur laut negara itu, malah sebahagiannya disasarkan ke atas ibu negara Nigeria.

Amerika Syarikat mengecam serangan itu dan menyifatkan ia sebagai ‘tidak masuk akal’ dan meminta siasatan menyeluruh dilakukan.

Jurucakap kerajaan AS, Jen Psaki, berkata pihaknya mengutuk serangan yang tidak masuk akal dan keganasan yang dilakukan terhadap orang awam.

“Kami akan terus berdiri di belakang kerajaan Nigeria dan rakyatnya dalam menghadapi pergelutan keganasan di negara itu,” katanya. – AFP

0 comments:

Post a Comment