Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 15, 2014

No Comment

Kekasih Hanez Suraya yang masih lagi bergelar suami orang, Romie Razin Adilha Abd. Jais akan bercerai secara baik dengan isterinya, Nurliyana Manan jika proses kes tuntutan cerai secara fasakh pasangan itu ditukarkan dengan permohonan terbaharu.

Memetik laporan sebuah akhbar harian, peguam syarie yang mewakili Nurliyana, Kamar Ainiah Kamaruzaman berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan peguam syarie Romie, Rubiah Jaafar sebelum kes tersebut didengar semalam.

Peguam mewakili Liyana berkata mereka bersetuju dengan cadangan peguam Romie untuk memasukkan permohonan kes baharu di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 iaitu bercerai dengan isterinya secara baik.

Ketika prosiding kes mereka didengarkan semalam, hanya Liyana yang hadir manakala Romie, tidak dapat menghadirkan diri kerana masalah kesihatan.

Sepanjang perkahwinan mereka, Romie dan Liyana telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki. – SiakapKeli.com

Oleh: Audrey Lee

0 comments:

Post a Comment