KUALA LUMPUR – Sembilan kawasan merekod bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana pada tengah hari.
Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), sembilan kawasan itu ialah Pasir Gudang (51), Tanah Merah (51), Nilai (58), Balok Baru (52), Indera Mahkota (62), Banting (53), Pelabuhan Klang (53), Kemaman (88) dan Paka (57).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan masing-masing. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment