MENDAPAT peluang untuk membuat persembahan di hadapan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pastinya akan menjadi kenangan paling indah dalam hidup empat insan seni iaitu Zainal Abidin, Syafinaz Selamat, Jaclyn Victor dan Rosnan Rahman.
Keempat-empat mereka dijemput untuk menghiburkan Obama sewaktu majlis Jamuan Negara di Istana Negara Jalan Duta, Kuala Lumpur, malam kelmarin, memetik Harian Metro.
Rosnan yang merupakan pejuang makyung negara menyifatkan ia sebagai penghormatan buat dirinya dan seni makyung itu sendiri.
Zainal yang menyampaikan lagu ‘Hijau’ dan Kau Di Hatiku’ pula memberitahu dia berasa bangga kerana terpilih untuk menghiburkan Obama.
“Lebih membanggakan lagi apabila selesai majlis, Obama terus berjalan ke arah saya dan mengucapkan tahniah dan terima kasih sebanyak tiga kali kerana membuat dia gembira dan berpuas hati dengan persembahan saya pada malam itu,” katanya.
Mengakhiri persembahan, keempat-empat mereka menyanyikan lagu ‘We Are The World’ bersama-sama.
Beruntung sungguh mereka. Sebabnya, penyanyi Hollywood sendiri pun bukan mudah mendapat peluang membuat persembahan di hadapan pemimpin terkenal itu.
Oleh: Elza / SiakapKeli.com
0 comments:
Post a Comment