KUALA LUMPUR – Sembilan kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat jam 7 pagi ini.
Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) kawasan berkenaan ialah Bakar Arang, Sungai Petani dengan bacaan 51, Tanah Merah (53), Nilai (56), Balok Baru, Kuantan (61), Indera Mahkota, Kuantan (58), Banting (52), Pelabuhan Klang (53), Kemaman (82) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (52).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment