Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 29, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan memandang serius terhadap aduan penyalahgunaan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) oleh pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan peniaga buku.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan memperkemaskan garis panduan pemberian BB1M berkuatkuasa 1 Mei ini bagi memastikan objektifnya untuk meringankan beban pelajar membeli buku pengajian mencapai matlamat.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan media berkata, antara perkara yang diperkemaskan memansuhkan kelonggaran kepada pelajar menggunakan 20 peratus daripada nilai baucar itu untuk membeli barangan lain.

“BB1M juga hanya dibenarkan untuk pembelian buku akademik, jurnal dan majalah ilmiah sahaja. Peniaga buku yang didapati menyalahgunakan BB1M akan disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan menyertai program itu selama tiga tahun berturut-turut.

“Ini adalah tambahan kepada peraturan sedia ada iaitu tindakan undang-undang mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan ke atas pihak yang menyalahgunakan baucar itu,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, maklumat lanjut mengenai garis panduan tersebut boleh diperoleh dengan melayari laman web www.moe.gov.my atau boleh menghantar pertanyaan melalui e-mel bb1m@moe.gov.my.

Kementerian Pendidikan dalam pada itu memaklumkan seramai 3.9 juta pelajar IPT mendapat manfaat daripada RM890 juta yang diperuntukkan ke atas program BB1M  sejak tahun 2012.

Sebanyak RM325 juta diluluskan oleh kerajaan untuk menjayakan pemberian BB1M kepada 1.3 juta pelajar IPT tahun ini.

0 comments:

Post a Comment