Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, April 26, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) mengakui terdapat beberapa kawasan yang tidak disenaraikan dalam catuan bekalan air turut mengalami gangguan bekalan air.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred Dharan berkata, situasi itu bagaimanapun bukan disebabkan kecuaian dalam pelaksanaan catuan bekalan air.

“Keadaan ini berlaku bukan disebabkan oleh catuan tetapi disebabkan kejadian paip pecah atau lain-lain kerosakan pada sistem agihan air,” katanya melalui satu kenyataan media.

Priscilla dalam pada itu menyeru orang ramai yang masih keliru terhadap pelan catuan bekalan air supaya melayari laman web www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat.

Menurutnya, laman web itu mempunyai maklumat berkaitan kawasan terlibat dengan catuan, jadual catuan harian dan lain-lain polisi berkenaan catuan tersebut.

Katanya, Syabas turut menyediakan pengemaskinian maklumat perjalanan pelan catuan secara harian melalui laman web tersebut.

“Syabas turut berkongsi maklumat dengan ketua-ketua penduduk, pemimpin masyarakat, wakil-wakil syarikat dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) mengenai maklumat itu,” katanya.

Sementara itu, Priscilla menjelaskan, pengguna di dataran tanah yang rendah dan berhampiran kolam air akan mendapat bekalan air lebih awal berbanding pengguna di kawasan yang tinggi dan  jauh dari  kolam air selepas catuan berlangsung di kawasan mereka.

0 comments:

Post a Comment