KUALA LUMPUR – Rangkaian berita, Al-Jazeera mahu mengambil tindakan undang-undang antarabangsa ke atas kerajaan interim Mesir.
Al-Jazeera dalam satu kenyataan media mendakwa, organisasi itu mengalami kerugian kira-kira 150 juta dolar akibat pendekatan kerajaan negara tersebut.
“Al-Jazeera berhadapan kempen gangguan, ugutan dan halangan penyiaran oleh pasukan keselamatan Mesir termasuk pejabat diserang, ditutup dan peralatan dirampas.
“Anggaran kerugian lebih 150 juta dolar. Jika tiada penyelesaian terbaik dicapai selepas tempoh enam bulan, kami akan membawa kes ini kepada pihak antarabangsa,” kata kenyataan itu hari ini.
Al-Jazeera turut mendakwa empat kakitangannya masih ditahan di penjara Mesir Abdullah ElShamy sejak Ogos 2013 serta Peter Greste, Baher Mohamed dan Mohammed Fahmy sejak Disember 2013.
0 comments:
Post a Comment