Siapa di sini follower pelakon dan model jelita, Fazura di laman sosial? Jika ada, anda pasti mengetahui kontroversi yang kononnya aktres ini menghentam seorang wartawan di Twitter bukan?
Kelmarin, Fazura bertindak meluahkan ketidakpuasan hatinya mengenai laporan sebuah akhbar tempatan berkenaan gosip kononnya dia enggan menjawab kontroversi bercumbu dengan teman baiknya, Randy Seidman.
Oleh kerana statusnya yang seolah-olah ‘mencari gaduh’ dengan individu tersebut, Fazura dikatakan mempunyai niat untuk bermusuh dengan wartawan.
Bagaimanapun, menerusi laporan Berita Harian, Fazura menafikan dakwaan tersebut dan turut menyifatkan kejadian yang berlaku terhadapnya bermotifkan dendam.
“Semuanya bermula kerana dendam. Sebelum ini saya pernah menegur seorang wartawan kerana tersilap ejaan nama bapa saya. Bagaimanapun, selepas itu perkara ini menjadi lebih besar. Bagi saya jika beliau mengambil teguran saya secara positif dan memohon maaf, tentu ramai pihak akan lebih menghormatinya”.
“Tetapi, saya dapat tahu kejadian menegur kesalahan itu membuatkan segelintir wartawan tidak berpuas hati dengan saya dan merancang untuk mengenakan saya,” kata aktres berusia 31 tahun itu lagi.
Antara status yang dimuat naik Fazura kelmarin
Dalam pada itu, Fazura turut menafikan dakwaan bahawa dia cepat melenting apabila terkena gosip dan seolah-olah tidak boleh disentuh.
“Apabila gosip bercium itu tersebar, saya sedang bercuti di Eropah bersama keluarga. Saya pun tidak tahu-menahu sehinggalah ada teman memaklumkan kepada saya”.
“Pada awalnya, saya malas nak layan kerana bagi saya gosip itu lumrah artis. Bagaimanapun, yang membuatkan saya terpanggil untuk bersuara apabila saya mendapat tahu ada sesetengah wartawan baru begitu galak menyindir dan bercakap seolah-olah saya melakukan perbuatan ini,” katanya.
Apapun, kami harap persengketaan Fazura dan wartawan tersebut dapat diselesaikan secara baik. Maklumlah, baik media mahupun artis, kedua-duanya mempunyai tanggungjawab sendiri. – Ohbulan
0 comments:
Post a Comment