Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, April 13, 2014

No Comment

Walaupun sudah banyak kali produk yang mengeksploitasi al-Quran diselar masyarakat dan ilmuan agama, masih ada pihak tidak putus asa menggunakan cara ini untuk mengaut keuntungan mudah.




Tidak dapat dinafikan dalam Islam ayat al-Quran memang digunakan untuk merawat sebarang penyakit dan masalah lain namun apabila terang-terangan ia digunakan untuk melariskan sesuatu produk, nyata ia kurang kena dan boleh menimbulkan persepsi buruk tentang agama.

Contohnya produk minuman ini, kenyataan bahawa ia telah diperdengarkan 30 juzuk al-Quran jelas dijadikan ayat pelaris apabila diletakkan di bahagian atas kertas promosi.

Jika kandungan sesuatu produk boleh diperiksa oleh JAKIM bagi status halal, bagaimana pula mahu membuktikan bahawa produk ini sudah diperdengarkan 30 juzuk al-Quran agaknya? – Rem Ramzi / SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment