Ipoh – Seorang pelakon wanita yang sering muncul dalam telefilem Tamil nekad mengelar pergelangan tangan kirinya menggunakan pisau cukur selepas mendapat tahu kekasihnya berkahwin dengan wanita lain, petang kelmarin.
Mangsa berusia 29 tahun dan kini mengandung tujuh bulan, dipercayai membuat keputusan itu selepas terlalu sedih dan kecewa dengan nasib yang menimpa dirinya dan anak yang bakal dilahirkan.
Bagaimanapun, dia bernasib baik apabila segera dibawa ke hospital dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
Menurut seorang rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai John, 50-an, dia dimaklumkan seorang rakan mangsa mengenai kejadian itu jam 4 petang kelmarin sebelum segera membantu membawa mangsa mendapatkan rawatan di wad kecemasan, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.
“Sebelum kejadian, dia tinggal seorang diri di rumah selepas keluarganya ke Singapura atas urusan keluarga. Disebabkan kasihan, beberapa rakannya mengajak bermalam di Taman Pengkalan, di sini,” katanya. – HARIAN METRO ONLINE
0 comments:
Post a Comment