LONDON – Arsenal bangkit daripada ketinggalan satu gol apabila menundukkan West Ham United 3-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris, awall pagi ini, sekali gus menghidupkan peluang layak ke Liga Juara-Juara Eropah.
Lukas Podolski bermain cemerlang dengan menyumbat dua gol pada pertemuan di Stadium Emirates itu.v
Pasukan kendalian Arsene Wenger memerlukan kemenangan itu selepas tempat keempat liga terlepas kepada Everton.
Namun The Gunners agak cemas apabila dikejutkan oleh gol West Ham menerusi Matthew Jarvis pada lewat separuh masa pertama.
Bagaimanapun penyerang Jerman, Lukas Podolski meledak untuk gol penyamaan beberapa minit selepas itu sebelum Olivier Giroud meletakan Arsenal di depan.
Gol kedua Podolski kemudian mengesahkan Arsenal merebut kembali tempat keempat liga dengan kelebihan satu mata dengan Everton. – AFP
0 comments:
Post a Comment