Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, April 13, 2014

No Comment

HULU TERENGGANU – Belia di negeri Terengganu disarankan supaya lebih aktif dan sentiasa menyokong aktiviti yang dijalankan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu berkata belia merupakan penentu masyarakat Malaysia pada masa depan dan peranan mereka tidak boleh dipandang enteng mana-mana pihak, termasuk pemimpin masyarakat.

“Saya menyeru kepada belia agar mengambil peluang dan mengambil bahagian dalam program yang dianjurkan bagi memajukan diri ke arah yang lebih baik dan buanglah sifat malas yang ada, kerana golongan belialah akan mencorakkan masa depan negara,” katanya dalam ucapan sempena majlis penutup Karnival Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia peringkat daerah Hulu Terengganu di sini, Sabtu malam.

Katanya, kini terdapat sejumlah 11.9 juta belia iaitu merangkumi 41.5 peratus jumlah keseluruhan penduduk Malaysia yang menjadi nadi penting kepada pembangunan negara.

Beliau berkata lebih banyak program akan diadakan di kawasan Parlimennya pada masa depan, agar golongan belia dapat bergiat lebih aktif.

“Saya akan terus mendampingi belia dengan penganjuran pelbagai program lain dan Karnival Fiesta Belia 1 Malaysia ini akan dijadikan satu daripada acara tahunan bagi Parlimen Hulu Terengganu.

Program dua hari anjuran Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu bermula Jumaat itu mempertandingkan 11 acara antaranya futsal lelaki, futsal wanita, bola tampar, sepak takraw, tilawah Al-Quran, kompang formasi, nasyid dan taekwando.

Jailani berkata fiesta itu juga merupakan segmen Jom ke Putrajaya 2014 yang akan berlangsung pada 23 Mei ini dengan peserta yang berjaya di peringkat negeri akan bertanding peringkat kebangsaan di Putrajaya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment