Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, April 13, 2014

No Comment

BESUT – Seorang pelajar tahfiz lemas ketika cuba membantu rakannya yang mengalami masalah di dalam air di Pulau Rhu, Bukit Keluang di sini Sabtu.

Pelajar itu Muhammad Nabil Azmi, 17, dari Sekolah Menengah Agama Taqadum Maarif, Pasir Tumbuh, Kota Bharu cuba membantu rakannya yang dikenali sebagai Mohd Hanif Zaudi dalam kejadian kira-kira 7 malam itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noorzainy Mohd Noor berkata mereka merupakan anggota rombongan 14 pelajar dan guru sekolah berkenaan.

Mangsa sendiri tenggelam ketika cuba menyelamatkan rakannya, sementara rakannya itu sempat diselamatkan seorang guru mereka, katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment