Pelakon muda, Bella Dally atau nama sebenar, Nabilah Ali Dally, 23, telah mengambil keputusan untuk mengenakan hijab biarpun namanya kini laris di pasaran drama tempatan.
Menurutnya, keputusan yang diambil itu bukanlah di atas desakan serta paksaan sesiapa, sebaliknya merupakan atas keinginannya sendiri.
Menerusi portal Gua, Bella menjelaskan, “keputusan untuk bertudung diambil atas keputusan saya sendiri. Bukan kerana sebarang mimpi atau apa-apa. Perkara ini bukanlah berlaku secara drastik kerana saya sudah lama menyimpan niat untuk bertudung, namun timbul kegusaran kerana kerjaya saya sebagai seorang pelakon”.
Menurutnya lagi, selepas mendengar nasihat ramai, dia tetap meneruskan niatnya untuk berhijab dan percaya walaupun dia sudah bertudung, rezeki pasti ada buat dirinya yang bersesuaian dengan imejnya kini.
Sementara itu, Bella mengakui hubungannya dengan teman lelaki, Nazim Othman masih lagi baik dan mereka masih lagi bergelar pasangan kekasih sekali gus menafikan gosip yang mendakwa mereka sudah putus cinta.
Buat Bella, semoga terus istiqamah dengan perubahan anda ya! - SiakapKeli.com
Oleh: Audrey Lee
0 comments:
Post a Comment