Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, April 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi jaminan akan menjalankan siasatan terperinci ke atas syarikat bas yang terlibat dalam kemalangan maut di di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub, Pahang di sini tengah malam kelmarin.

SPAD dalam satu kenyataan media menegaskan tidak akan berkompromi dan pasti mengambil tindakan tegas ke atas pengendali bas tersebut jika didapati melanggar syarat-syarat yang termaktub dalam pekeliling serta Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

“Sebagai tindakan segera, SPAD akan meneliti secara terperinci segala aspek pengurusan keselamatan, pemandu dan penyelenggaraan syarikat tersebut. SPAD juga akan berkerjasama dan sedia membantu semua agensi penguatkuasaan yang menjalankan siasatan mengenai kemalangan ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Media semalam melaporkan tiga penumpang termasuk sepasang suami isteri maut manakala 10 lagi cedera parah selepas bas ekspres dua tingkat yang dinaiki terbabas dan terbalik di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub.

Mangsa yang maut ialah Suhaisam Che Abdulla, 33, dan pasa­ngan suami isteri, Saeed Mohamad Mohamud Abdalla, 31, yang juga warga Somalia dan isterinya, Zarifah Alias, 26.

Siasatan awal polis mempercayai, semasa melalui tempat kejadian, bas itu dipercayai memotong beberapa kenderaan di laluan menghala ke Kota Bharu lalu hilang kawalan di selekoh.

“Ia kemudian terlanggar tiang elektrik di sebelah kanan jalan sebelum terbalik sehingga terseret ke laluan kiri

Mengulas lanjut, SPAD memaklumkan telah mengeluarkan pekeliling mengenai pelaksanaan kod amalan industri bagi keselamatan pengendali bas yang beroperasi di kawasan tanah tinggi pada 20 Ogos 2013.

Kod amalan itu memberi penekanan serius kepada aspek keselamatan kenderaan yang beroperasi di tanah tinggi dan SPAD turut mengeluarkan pekeliling mengenai SPAD ICOP – Keselamatan pada 9 September 2013.

SPAD ICOP – Keselamatan mempertanggungjawabkan pengendali untuk memastikan segala aspek pengurusan pemandu dan penyelenggaraan kenderaan dilakukan secara betul dan berkala.

“Setakat ini, sebanyak 2300 syarikat pengendali bas telah menghadiri latihan SPAD ICOP – Keselamatan yang telah dijalankan sejak Disember 2012,” kata kenyataan itu.

SPAD turut memaklumkan, bermula pertegahan tahun 2013, SPAD menjalankan pengauditan ke atas 24 syarikat bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Hasil siasatan tersebut, SPAD bertindak menggantung sebanyak enam lesen pengendali dan membatalkan dua permit pengendali kerana melakukan kesalahan dibawah SPAD ICOP – Keselamatan dan APAD 2010.

Justeru, SPAD mengingatkan semua pengendali bas ekspres supaya memberi penekanan serius dalam aspek pengurusan pemandu danpenyelengaraan bagi memastikan perkhidmatan mereka sentiasa selamat. – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment