Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 16, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menyelar kerajaan Selangor kerana bersikap acuh tak acuh ke atas Persatuan Bible Malaysia (BSM) yang hilang keyakinan terhadap keupayaan kerajaan negeri itu melindungi hak penganut Kristian.

Beliau mendakwa, situasi itu disebabkan kerajaan Selangor terlalu selesa dengan undi majoriti yang diperoleh pada pilihan raya umum lalu hingga mengabaikan tanggungjawab untuk melindungi hak minoriti di negeri itu.

“Mengecewakan kerana sikap acuh tak acuh kerajaan Selangor. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sekadar mengucapkan selamat berjaya kepada BSM yang mahu memindahkan pejabat dari Selangor ke Kuala Lumpur.

“Jangan lupa rakyat di Selangor memberi mandat kepada pakatan kerana mereka menjangkakan yang lebih baik daripada kita (pakatan pembangkang),” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sikap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak ambil peduli keputusan Persatuan Bible Malaysia (BSM) untuk memindahkan ibu pejabatnya daripada Petaling Jaya ke Kuala Lumpur.

BSM bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri dalam melindungi hak penganut Kristian berikutan rampasan lebih 300 naskah Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam serbuan ke pejabat BSM awal tahun ini.

BSM mendakwa Abdul Khalid cuba lepas tangan daripada isu itu apabila cuma menasihati persatuan itu untuk membuat rayuan kepada Peguam Negara bagi mendapatkan kembali naskah Bible itu sedangkan JAIS dibawah kerajaan negeri.

Exco Agama negeri Selangor, Sallehen Mukhyi pula sekadar memberi jawapan samar-samar di dewan undangan negeri semalam apabila ditanya sama penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dalam majlis di gereja-gereja mereka.

Tony Pua seterusnya mendakwa, keputusan BSM tersebut sepatutnya memalukan kerajaan Selangor dan pakatan pembangkang berhubung kemampuan dan keikhlasan mereka menegakkan hak golongan minoriti di negeri itu.

Tegas beliau, kerajaan Selangor dengan jelas gagal mengangkat pendirian pakatan pembangkang dalam isu tersebut.

Justeru, beliau menggesa kerajaan Selangor mempamerkan keberanian politik dan kepimpinan bermoral atau kerajaan pakatan pembangkang Selangor akan tumbang dalam pilihan raya umum akan datang.

0 comments:

Post a Comment