Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 15, 2014

No Comment

HARI ini, sebanyak sembilan pesawat tentera, dua pesawat awam dan 11 kapal laut akan melaksanakan operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini menetapkan operasi pencarian secara visual di dalam kawasan seluas 62,063 kilometer (km) persegi.

Ia terletak kira-kira 2,170 km barat laut dari Perth, Australia.

“Semalam, kapal selam robotik Bluefin-21 telah diturunkan untuk menyelam ke dalam Lautan Hindi dari kapal ADV Ocean Shield.

“Selepas melengkapkan enam jam misinya, Bluefin-21 timbul di permukaan selepas sampai ke kawasan yang kedalamannya melebihi keupayaan yang ditetapkan,” menurut kenyataan Pusat Penyelarasan Kerjasama Agensi (JACC) hari ini.

Data yang diperolehi dalam masa enam jam itu diambil JACC untuk dianalisis.

“Bluefin-21 akan dikerahkan semula hari ini jika keadaan cuaca mengizinkan,” katanya. – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment