Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 16, 2014

No Comment

MAIDUGURI – Kumpulan bersenjata militan Islam Boko Haram dilapor menculik lebih 100 remaja perempuan di sebuah sekolah di timur laut Nigeria, menyebabkan pasukan tentera dikerahkan menjejaki dan mengesan penyerang, demikian menurut sumber keselamatan dan saksi, hari ini.

Penculikan besar-besaran di Negeri Borno itu berlaku beberapa jam selepas letupan bom yang memusnahkan sebuah stesen bas yang padat dengan orang awam di Bandar Abuja, mengorbankan 75 orang.

Ia serangan terbesar pernah berlaku di ibu negara Nigeria itu.

Keganasan itu memperlihatkan ancaman daripada kumpulan pelampau Islam Afrika, dengan kumpulan berkenaan mampu melancarkan serangan besar-besaran di kawasan pedalaman dan pengeboman di pusat bandar utama.

Menurut saksi, sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu Sekolah Menengah Perempuan Kerajaan di kawasan Chibok, Borno petang semalam, membakar beberapa bangunan sebelum melepaskan tembakan terhadap anggota tentera dan polis yang memantau sekolah itu.

Pegawai Pendidikan yang berpangkalan di Chibok, Emmanuel Sam, berkata mereka menyerang pasukan keselamatan dan memasuki sekolah itu. Emmanuel terpaksa melarikan diri ke ibu negeri Maiduguri selepas serangan berlaku.

Beberapa saksi berkata, semua pelajar yang diculik itu dipaksa naik ke atas lori dan dibawa lari oleh penyerang.

Sumber keselamatan yang enggan namanya disiarkan berkata, lebih 100 remaja perempuan diculik dan mendakwa serangan dilancarkan oleh kumpulan militan Islam Boko Haram. – AFP

0 comments:

Post a Comment