Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, April 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – DAP mengkritik Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana didakwa tidak melaksanakan saranan Panel Penasihat Bebas kepada Kementerian Pengangkutan mengenai nahas bas di Genting Highlands berhubung penggunaan bas ekspres dua tingkat.

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP, Liew Chin Tong mendakwa, Laporan Nahas Genting oleh panel tersebut dengan jelas menentang penggunaan bas ekspres dua tingkat terutama di jalan berbukit dan berliku-liku.

“Bagaimanapun, SPAD tidak mengambil kira faktor jalan dalam lesen bas. Laporan itu turut mencadangkan bas dua tingkat yang didapati tidak stabil disebabkan ketinggiannya dilarang di jalan raya,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini,

Beliau berkata demikian sebagai mengulas insiden kemalangan maut membabitkan sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas dan terbalik di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub di Pahang malam kelmarin.

Media semalam melaporkan tiga penumpang termasuk sepasang suami isteri maut manakala 10 lagi cedera parah selepas bas ekspres dua tingkat yang dinaiki terbabas dan terbalik di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub.

Mangsa yang maut ialah Suhaisam Che Abdulla, 33, dan pasa­ngan suami isteri, Saeed Mohamad Mohamud Abdalla, 31, yang juga warga Somalia dan isterinya, Zarifah Alias, 26.

Siasatan awal polis mempercayai, semasa melalui tempat kejadian, bas itu dipercayai memotong beberapa kenderaan di laluan menghala ke Kota Bharu lalu hilang kawalan di selekoh.

“Ia kemudian terlanggar tiang elektrik di sebelah kanan jalan sebelum terbalik sehingga terseret ke laluan kiri

Sehubungan itu, Chin Tong meminta Kementerian Pengangkutan segera melaksanakan semua cadangan yang dikemukakan oleh Laporan Nahas Genting tersebut untuk mengelak tragedi sama berulang. – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment