Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, April 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahu kerajaan bertindak ke atas akhbar New Straits Times (NST) kerana didakwa mengekspoitasi peristiwa kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak 8 Mac lalu untuk melariskan jualan akhbar tersebut.

Beliau mendakwa, tindakan akhbar berbahasa Inggeris tersebut melaporkan kononnya pembantu juruterbang pesawat itu membuat panggilan telefon semasa pesawat itu sedang terbang rendah berhampiran Pulau Pinang bertujuan mensensasikan insiden tersebut.

“NST perlu dihukum kerana membuat laporan palsu dan menganggu perasaan ahli keluarga penumpang serta krew pesawat MH370. Lebih teruk laporan tersebut mendapat perhatian dunia yang sememangnya sedang memantau perkembangan insiden ini.

“Laporan ekslusif yang NST dakwa kononnya bertaraf dunia itu ternyata cuma satu pembohongan besar,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, perbuatan akhbar NST mengalakkan penulisan seperti itu tidak membantu memulihkan keyakinan rakyat China terhadap kerajaan Malaysia dalam mengendalikan tragedi MH370.

Justeru, beliau meminta NST membuat permohonan maaf dimuka hadapan akhbar tersebut disusuli tindakan tegas kerajaan Malaysia ke atas akhbar berkenaan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia tidak bersengkongkol dengan penipu.

Media semalam melaporkan, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan laporan muka depan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa pembantu juruterbang MH370 ada membuat panggilan telefon ketika pesawat itu terbang rendah berhampiran Pulau Pinang.

Beliau berkata jika dakwaan akhbar itu benar, beliau sepatutnya mengetahui perkara itu daripada awal lagi.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan turut menyelar tidak bertanggungjawab mana-mana pihak mengambil kesempatan dengan membuat liputan atau laporan yang tidak berasas berhubung insiden tersebut. – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment