KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandu bersama rakannya terbabas lalu merempuh sebuah treler di Jalan Klang Lama di sini hari ini.
Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rosli Mohd Noor berkata dalam kejadian 10.45 pagi itu, Kishan Manogaran, 29, bersama rakannya Thanasilan Sandra, 30, dipercayai dalam perjalanan ke pusat bandar.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Kishan gagal dikawal lalu melanggar pembahagi jalan dan terbabas sebelum merempuh bucu kanan belakang treler itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Mangsa yang tersepit, mati di tempat kejadian.
Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat manakala Thanasilan yang cedera di kepala dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment