Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, April 28, 2014

No Comment

RASANYA semua orang tahu mengenai perselisihan faham yang berlaku antara Farid Kamil dengan ibu mertuanya, Norsiah Ramli satu ketika dahulu sehingga menyebabkan Diana sendiri tidak lagi mesra dengan ibunya itu.

Khabarnya, ia berpunca daripada sikap Norsiah yang tidak merestui perkahwinan mereka.

Farid juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa ibu mertuanya perlu menemuinya terlebih dahulu jika mahu berjumpa dengan isteri dan anaknya, Muhammad.

Bagaimanapun, baru-baru ini, beberapa portal hiburan menyiarkan cerita mengenai Norsiah yang telah memuatnaik gambar Diana di akaun Facebooknya dengan ‘caption’:


“Kakak with Mz Nina at mummy’s home. Tahlil for Arwah Jeremy last night ??? (Doa to arwah…. Al-Fatihah).”

Adakah ini bermakna hubungan kedua-duanya sudah mula pulih?

Kami cuba meninjau akaun sosial Diana dengan harapan dia ada memuatkan sebarang gambar terbaru bersama ibunya, namun tiada.

Apa pun, jika benar mereka sudah berbaik, syukurlah.

Lagi pun, Diana sendiri sudah mempunyai anak, pasti dia mengetahui naluri dan kasih seorang ibu pada zuriatnya.

Oleh: Elza / SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment