Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, April 28, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menjalankan kajian menyeluruh terhadap punca masalah tanaman padi di kawasan Lembaga Pembangunan Pertanian Muda (MADA).

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, antara masalah itu adalah sistem saliran yang tidak sempurna, ketiadaan sumber dan bekalan air yang mencukupi, serangan penyakit dan ancaman makhluk perosak, padi angin, kemarau, banjir dan tanah sawah jerlus.

“Masalah di jelapang padi itu bukan saja menjejaskan pendapatan pesawah di kawasan berkenaan tetapi juga menggugat pengeluaran beras negara ini.

“Ia juga menyebabkan matlamat kerajaan untuk mencapai hasil padi 10 tan sehektar terbantut,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

S.M. Mohamad berkata, kira-kira 5,000 pesawah MADA terlibat dalam masalah itu dan meminta kementerian dan MADA menjalankan kajian bagi menanganinya dengan segera.

Beliau berkata, masalah dihadapi pesawat itu makin meruncing sejak beberapa tahun lalu terutama ketika kemarau dan hujan yang berpanjangan.

“CAP kesal walaupun masalah ini sudah lama berlarutan namun hingga sekarang tidak ada tindakan berkesan yang diambil bagi mengatasinya,” katanya. – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment