Setelah beberapa kali menundakan majlis pernikahan mereka, akhirnya penyanyi Misha Omar dan bakal suaminya, juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Firos Ezzwan telah menetapkan 2 Mei ini sebagai hari penyatuan hati kedua-dua mereka.
Majlis pernikahan dan resepsi sebelah pihak perempuan dijadualkan berlangsung di Hotel Renaissanse, Kota Bharu, Kelantan pada 2 Mei sementara majlis menyambut menantu akan diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur, 12 Mei depan.
Sepatutnya, Misha bernikah pada Februari lalu namun demi menghormati pemergian ayahanda tercinta yang pulang ke rahmahtullah November lalu, pasangan ini sepakat menundakan terlebih dahulu majlis raja sehari mereka.
Di bawah ini merupakan gambar pra-perkahwinan pasangan Misha dan Firos yang diambil berlatarkan belakang sebuah kilang arang yang terletak di Taiping, Perak.
Tahniah diucapkan buat Misha dan Firos! - SiakapKeli.com
Oleh: AUDREY LEE
Kredit Foto: Asraf Tarmizi
0 comments:
Post a Comment