TAK sangka rupa-rupanya anak sulung Fasha Sandha dan Jejai, Putra Rayfal sudah pun menjengah usia setahun.
Memang sekejap saja masa berlalu, bukan?
Baru-baru ini, kedua-duanya telah mengadakan sambutan hari jadi Rayfal yang turut dihadiri oleh Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid.
Menerusi gambar yang dikongsikannya di akaun Instagram, terserlah ‘baby bump’ Fasha yang kini sedang hamil tiga bulan.
Bermakna, dalam masa beberapa bulan lagi Rayfal akan bergelar abang pula.
Semoga kehadiran zuriat baru nanti akan menambahkan lagi kebahagian keluarga ini.
Mari layan beberapa gambar sekitar majlis tersebut:
0 comments:
Post a Comment