KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengkritik langkah kerajaan melantik peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mewakili Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam berhadapan tindakan sivil oleh parti itu.
Beliau mendakwa, pelantikan Muhammad Shafee untuk mewakili ROS itu berikutan pelantikan peguam itu oleh Jabatan Peguam Negara dalam kes ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
“Pelantikan Muhammad Shafee adalah petunjuk bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berusaha keras untuk menghabiskan DAP.
“DAP harus bersatu padu dan sentiasa menumpukan perhatian untuk mempertahankan bersungguh-sungguhd dan melawan apa sahaja cubaan ntuk melemahkan dan membatalkan pendaftaran parti ini,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Guan Eng mendakwa, Jabatan Peguam Negara mengorbankan profesionalisme mereka dengan memberi tugas pendakwaan kepada pihak luar untuk mencapai cita-cita pihak tertentu.
“Apakah Jabatan Peguam Negara begitu kekurangan peguam profesional dan mahir hingga terpaksa membayar orang luar untuk menangani DAP,” soalnya.
Bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam membuat membantah sama dengan mendakwa, pelantikan Muhammad Shafee membazir wang pembayar cukai kerana kerajaan perlu membayar khidmat peguam tersebut sedangkan kerajaan mempunyai Jabatan Peguam Negara.
Muhammad Shafee pada 9 Januari 2012 berjaya mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu di Mahkamah Rayuan. – SiakapKeli.com
0 comments:
Post a Comment