Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 11, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pertolongan Wanita (WOA) tidak berpuas hati dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana enggan bertindak ke atas seorang mualaf, Izwan Abdullah, 31, yang didakwa melarikan anak lelakinya yang berusia enam tahun dari rumah bekas isterinya, S.Deepa, 31.

WOA dalam satu kenyataan media mendakwa, polis perlu bertindak ke atas Izwan yang dahulunya dikenali sebagai N.Viran kerana melanggar keputusan Mahkamah Tinggi Seremban pada Isnin lalu memberi hak penjagaan kanak-kanak itu kepada ibu kandung mereka iaitu S Deepa, 31.

“WOA terganggu dengan kenyataan ini dan kami pasti ramai rakyat Malaysia juga demikian. Arahan daripada Mahkamah Tinggi mesti dikuatkuasakan segera dan undang-undang keluarga perlu dipinda untuk memastikan ketidakadilan berterusan,” dakwa kenyataan itu hari ini.

Media hari ini melaporkan, Khalid meminta bekas pasangan suami isteri yang berhadapan dengan pertindihan perintah mahkamah berhubung hak penjagaan anak mereka, supaya menyelesaikannya mengikut saluran undang-undang.

Beliau meminta mereka agar menyelesaikan terlebih dahulu arahan mahkamah. – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment