Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 11, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Ketibaan sepasang panda gergasi dari Chengdu, China ke Malaysia yang dijadualkan pada 16 April ini ditunda ke suatu tarikh baru yang akan diumumkan kelak.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata, perkara itu dipersetujui kerajaan Malaysia dan China menerusi kedutaanya di ibu negara baru-baru ini.

“Kedua-dua pihak bersetuju pasangan panda tersebut tiba di Malaysia pada tarikh yang lebih signifikan untuk merayakan Sambutan Ulang Tahun Ke-40 hubungan diplomatik Malaysia dan China yang Mei nanti,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Media pada 27 Januari lalu melaporkan, ketibaan sepasang panda gergasi pada pertengahan April ini bakal menarik lebih ramai pelancong asing ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Sebuah kompleks berkeluasan 1.6 hektar turut dibina bagi menerima kedatangan Fu Wa (panda jantan) dan Feng Yi (panda betina). – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment