Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 16, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kawasan Paka di Terengganu masih mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan 115 setakat 7 pagi Rabu, menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Sementara itu tujuh kawasan mencatat bacaan IPU sederhana iaitu Alor Setar (51), Bakar Arang (Sungai Petani)(51), Tanah Merah (52), Nilai (57), Balok Baru (Kuantan)(73), Kangar (58) dan Kemaman (57).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Kualiti udara di kawasan lain di seluruh negara dikategorikan sebagai baik.

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU dari semasa ke semasa. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment