KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya meningkatkan mutu pengadilan Liga Malaysia bagi mengelakkan keraguan penyokong hingga mencetuskan keganasan di stadium.
“FAM perlu mengambil tindakan segera untuk membendung masalah ini. Kita minta kualiti pengadil dipertingkatkan untuk elak keraguan dan ketidakpuasan hati penyokong yang sekali gus mendorong kepada sebarang pergaduhan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Liga Purple Malaysia (MPL) di sini, hari ini.
MPL adalah liga badminton profesional bagi memberi peluang kepada pemain badminton di peringkat profesional dan amatur mempamerkan kemahiran masing-masing. – Berita Harian
0 comments:
Post a Comment