KUALA LUMPUR – Jepun meminta diberi ruang untuk berada dalam panel pakar yang akan membuat penyelidikan berhubung kehilangan pesawat MH370.
Perkara itu dinyatakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selepas menerima kunjungan rakan sejawatannya dari Jepun, Itsunori Onodera, di pejabatnya di Kementerian Pertahanan, sebentar tadi.
Permintaan itu disuarakan oleh Itsunori ketika perjumpaan dengan Hishamuddin yang berlangsung kira-kira sejam.
Hishamuddin berkata, pihaknya amat mengalu-alukan kesediaan Jepun untuk menyertai panel terbabit. – Berita Harian
0 comments:
Post a Comment