KUALA LUMPUR – Nampak gaya kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mengambil iktibar daripada peristiwa enam penonton konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 maut akibat pengambilan dadah secara berlebihan pada Mac lalu.
SiakapKeli.com difahamkan kerajaan negeri itu akan mengadakan festival seumpama itu di Taman Rekreasi Kuari , Taman Botani Pulau Pinang bermula 12 April ini.
Perkara itu diketahui melalui satu surat jemputan yang diedarkan kepada media oleh pejabat Pengerusi Jawtatankuasa Pelancongan Pulau Pinang, Law Heng Kiang hari ini.
Antara kandungan surat jemputan tersebut seperti berikut:
Perkara : Majlis Pembukaan Penang World Music Festival 2014
Tarikh : 12hb April 2014 (Sabtu)
Masa : 6.20 petang
Tempat : Taman Rekreasi Kuari , Taman Botani Pulau Pinang
Kehadiran :
1. Y.B Danny Law Heng Kiang
2. Artis-artis
Pada Mac lalu seramai enam penonton konsert FMFA 2014 di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini maut selepas mengambil dadah sintetik baharu yang belum dipasarkan di negara ini.
Perkara itu dikecam ramai pihak termasuk Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang menggesa kerajaan supaya mengharamkan terus konsert liar seperti itu kerana didakwa mengundang kebejatan sosial dan merosakkan golongan muda negara. – SiakapKeli.com
0 comments:
Post a Comment