Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 25, 2014

No Comment

Malaysia yang sudahpun meluluskan penubuhan sebuah pasukan penyiasatan antarabangsa berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 menjangka akan mengumumkan laporan awal minggu depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Saya sudah mengarahkan pasukan pakar yang menjalankan siasatan dalaman untuk meneliti laporan itu dan besar kemungkinan ia akan dikeluarkan minggu depan,” katanya dalam temubual bersama Richard Quest dari Channel News Network (CNN) pada malam Khamis.

Menerusi temubual itu, Perdana Menteri turut menekankan bahawa kerajaan belum bersedia untuk mengesahkan semua penumpang dan kru pesawat berkenaan meninggal dunia namun mengakui adalah sukar untuk menghadapi situasi itu jika ia berlaku.

Setakat ini, ahli keluarga penumpang menolak cadangan kerajaan untuk mengeluarkan sijil kematian kerana belum ada sebarang bukti kukuh ditemui berkaitan kehilangan pesawat itu.

Pesawat MAS jenis Boeing 777-200ER dengan 239 penumpang itu hilang selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang untuk ke Beijing.

Bagaimanapun, ia hilang daripada skrin radar awam sejam selepas berlepas dan dipercayai penerbangannya berakhir di selatan Lautan Hindi.

Ketika ini, pelbagai negara membantu dalam operasi mencari di kawasan berkenaan yang diketuai Australia bagi mengesan alat perakam data pesawat dan penerbangan (kotak hitam) pesawat berkenaan.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini memberi jaminan bahawa sebarang data yang ditemui daripada kotak hitam pesawat MH370 itu akan diumumkan kepada awam dan tiada sebab untuk kerajaan menyembunyikan sebarang maklumat.- bnbbc.my

0 comments:

Post a Comment